Program Keusahawanan bersama Produk Atomy

12 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Januari yang lalu, telah berlangsung Program Keusahawanan bersama wakil dari pengedar Produk Atomy. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada komuniti PPR Taman Beringin yang berminat untuk menjalankan perniagaan terutama sekali perniagaan yang berkaitan dengan kecantikkan dan kesihatan diri.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah menjalankan ‘facial wash’ kepada komuniti dengan menggunakan Produk Atomy supaya komuniti dapat merasai perbezaan dengan menggunakan produk itu dalam masa yang sama. Komuniti setempat telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan aktiviti ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali